• English
  • Malaysia

CLOSE

/ /

Jom tonton siaran ulangan Malaysia Hari Ini (MHI)

Jul 08,2019 | Lees Cocoa

https://youtu.be/ywXL-kNEmqM

Jom tonton siaran ulangan Malaysia Hari Ini (MHI) dalam segmen #CERIADENGANCOKLAT bersama Ladang Koko Lee, Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Sedikit info pelancongan:

Mr. Lee Soon Cheong ( Adam Lee ) berasal dari Tanjung Sepat, Selangor. Pada asalnya beliau adalah petani koko yang telah mula menanam pokok koko sekitar tahun 2011. Oleh kerana minat yang mendalam dalam industri koko beliau telah mengikuti kursus coklat buatan tangan pada tahun 2013 dan terus mendaftar sebagai Usahawan Coklat Buatan Tangan Lembaga Koko Malaysia.

Mr. Adam Lee telah membuat lebih daripada 20 jenis coklat dengan pelbagai rasa yang menggunakan buah koko dari ladangnya. Antara produk coklat yang premium ialah cocoa nibs.

Jika hasil koko boleh dikeluarkan secara besar-besaran pada masa hadapan, pengeluaran coklat yang dikeluarkan syarikat juga akan meningkat secara beransur-ansur.

Di samping itu, Mr. Adam Lee bekerjasama dengan pelukis terkenal Mr. Chia Hoy Sai untuk membuka galeri, ini telah menarik kehadiran pelancong yang ramai. Mereka berkunjung sambil melihat proses pembuatan coklat daripada koko pada jarak dekat, serta boleh menyentuh buah koko pada pokok untuk meluaskan pengetahuan.

 

 

Comment

Name
Email
Comment